 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
-= HammerHead Fotopages =- lurima, keygen fotopages, hammerhead fotopages, lurima fotopages By: MUHAMMAD AMiRULHAFiZZi
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
|
[Archive]
|
|
|
|
| Wednesday, 17-Sep-2008 17:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hood for Canon Lens 17-85mm f/4-5.6 IS USM
|
|
gambar ni diambil menggunakan 17-85mm lens..cuba lihat bokeh tu..adakah mcm lens beraperture f/1.8?sila berikan komen anda..terima kasih..
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 16-Sep-2008 19:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Buah Kurma
|
|
KHASIAT BUAH KURMA
Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 14-Sep-2008 23:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Limpahan Cahaya
|
|
Tarikh : 14 September 2008
Jam : 8:30 pm
Lokasi : Monorel Hang Tuah, KL
Gambar ni diambil semasa datang ke KL tempoh hari..niat ke KL nak shopping baju raya..tp benda laen yg dapat..isk3..so nak pendekkan cerita,gambar ni di ambil semasa nak balik ke segamat..masa tu di KL sentral..nampak cantik sgt Menara KL masa tuh..KLCC pon cantik..dengan limpahan cahaya yang berkelipan..mmg tak penah tgk Menara KL n KLCC mcm tuh..so nak carik angle baik,tiba di monorel hang tuah,terus keluarkan senjata yg berada dlm beg untuk beraksi..masa di monorel tersebut,mmg dekat jgk la view die..so senang sket nak ambil..time nak ambil,byk kali jgk gambar tak jd..gelap,blur..almaklumlah..hand held jek..tongkat sakti tak bawak time tuh..so last2,terpaksa boost ISO 1600 dgn kelajuan shutter yg maksimum (dalam gelap susah nak dpt shutter max)..tgn dikeraskan ke bdn (naek lenguh supaya gambar tidak gegar)..dgn apa yang ada,saya pon snap..sy pon tak sangka dgn apa yg sy dapat..mmg cantik..wlaupun terpaksa zoom smpi 70mm..ms nak blk ke pudu naek bas..dengan tersenyum riang sbb dpt ambil gambar yg begitu cantik mlm tuh..so dlm bas tdo dgn senyuman..huhu..
*** Inilah pemuda hensem yang sudi menjualkan lens canon 17-85mm f/4-5.6 IS USM kepada saya dengan rege rm1K only ~!! tq bro azri a.k.a. cangkoi..nnt dtg segamat,jom pi TT..hehe..
*** 14/9/2008 - Model saya pada hari tersebut..hehe..
*** teringat dulu-dulu orang jual nasi lemak di kampung.."jual-jual..nasi lemak..50sen sebungkus.." huhu..
|
|
|
|
|
|
| Monday, 8-Sep-2008 00:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Disebalik Lubang
|
|
Jam di celah-celah lubang yang sempit lg susah nak di ambil gambar..
menggunakan Canon 55-250mm f4-5.6 IS..ISO 1600..
Sekian.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 1-Sep-2008 18:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Cuti Ganti Hari Merdeka ~!!
|
|
haha..hari aku melepak dengan membe2 kat uma mael..
masing2 bwk laptop..so apa lg..kitorang maen counter strike condition zero la apa lg..maen gune LAN..asik mampuih jerk..geram jerk tgk..keh2..
apa2 pun tq kat membe aku ni sbb bg aku amik gambar diorang..u r the best ~!!
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 31-Aug-2008 11:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 51 di Dataran Segamat, Johor
|
|
This is my first time take pictures outdoor..
Hari Merdeka ke 51 tahun 2008 di Dataran Segamat, Johor
Silalah mengkomenkan gambar2 yang dipaparkan disini.
Sekian, terima kasih.
|
|
|
|
|
|
|
[Archive]
|
|
 |
|
|
|